BERCADANG NAK KE PULAU TIOMAN INI PAKEJ MURAH BOLEH ANDA AMBIL. Malaysia ni antara negara yang banyak cuti umum berbanding jepun katanya. Orang jepun memang kurang cuti sebab depa rajin bekerja. Kita orang Malaysia ni bukan malas tapi lebih menikmati hidup katanya sebab tu kerajaan bagi banyak & macam macam cuti umum. Di tambah lagi Malaysia kan berbagai kaum dan agama. Setiap agama tu ada hari perayaan sendiri jadi dapatlah semua kaum & agama merasa cuti juga bila ada cuti umum sempena perayaan. Selain cuti sekolah dan lain cuti umum.
Bila cuti ni.. Ramai ambil peluang untuk pergi bercuti la apa lagi. Yang bajet besar boleh la bercuti ke luar negara tapi yang bajet kecil tetap nak bawa family atau nak plan cuti dengan kawan kawan di dalam Malaysia pun boleh. Sebab Malaysia ni ada 14 buah negeri di mana setiap negeri tu ada tempat tempat menarik yang boleh di jadikan destinasi percutian. Tak low class sangat pun bercuti dalam Malaysia ni. Bercuti kat mana mana pun yang penting kita enjoy dengan percutian tu yang lebih bermakna, ye dak?
Salah satu destinasi percutian yang best juga kalau hangpa nak pergi adalah Pulau Tioman. Pulau Tioman ni terletak di negeri Pahang bagi yang masih tak tahu. Pulau Tioman ni adalah satu pulau kecik yang terletak sejauh 32KM dari pantai barat negeri Pahang. Berkeluasan 20KM panjang 12KM lebar. Tak la besar mana.
Sebahagian dari Pulau Tioman ni adalah hutan tebal tapi yang bestnya laut di penuh dengan khazanah laut, terumbu karang yang menjadi signature Pulau Tioman kepada penyelam & bagi mereka yang nak snorkeling. Selain airnya yang jernih & boleh nampak ikan & terumbu karang yang memang cantik. Memang ramai la pelancong asing suka datang ke Pulau Tioman ni kerana kecantikan lautnya.
Nak ke pulau ni boleh melalui 2 jeti iaitu jeti Mersing, Johor dan juga jeti Tanjung Gemok, Pahang dengan menaiki bot atau feri. Takpe kalau anda mabuk laut boleh guna flight ke Pulau Tioman melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. dan juga lapangan terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Boleh merujuk tip untuk ke Pulau Tioman disini : https://www.wanpulautioman.com/p/how-to-go-to-pulau-tioman-getting-there.html
Banyak aktiviti best boleh di buat di Pulau Tioman kalau anda merancang nak bercuti kesana contoh skuba, jungle trekking dan hiking. Jangan ingat bercuti di pulau ni hanya berjemur kat pantai dan buat aktiviti air sahaja ok! Banyak aktiviti yang melibatkan alam semulajadi boleh dilakukan di Pulau Tioman. Nak tahu lebih banyak aktiviti boleh buat di Pulau Tioman korang boleh baca kat sini : https://sunriseodyssey.com/top-7-fun-activities-tioman
Kalau nak ambil pakej murah boleh ambil dengan encik Wan Tioman. Siapa pulak encik Wan ni kan? tetiba nak kena ambil pakej dengan dia? Ntah ntah scammer.. Amboi!! tak baik tau menuduk. Meh la saya perkenalkan siapa jejaka yang bernama encik Wan ni..
Beliau adalah seorang 'Tour Guide' di Pulau Tioman juga pemilik website https://wanpulautioman.my/ . Selebihnya tentang beliau korang boleh baca kat blog tu yer. Saya nak cerita pasal pakej murah yang di sediakan oleh beliau sahaja.
Kalau ambil pakej percutian ke Pulau Tioman dengan Encik Wan ni, ada beberapa pakej yang menarik di sediakan untuk anda. Harga memang sangat berpatutan dan paling penting sepanjang percutian di sana anda akan di guide.
Tempat tempat menarik yang ditawarkan untuk dilawati dan beraktiviti adalah
Kampung Genting
Idaman Beach Holiday Resort
Island Reef Resort
Sun Beach Resort
Damai Tioman Resort
3 Hari 2 Malam Package Kampung Genting Tioman
Pakej yang disediakan termasuk:
1. Tiket feri pergi dan balik
2. Penginapan 3 hari 2 malam
3. Makan sarapan pagi 2 kali
4. Makan tengahari 1 kali
5. Makan malam 1 kali
6. Makan BBQ malam 1 kali
7. Snorkeling trip juga termasuk didalam pakej tersebut
Pakej yang belum termasuk:
1. Cas tambahan jika datang pada tarikh cuti umum dan cuti sekolah
2. Alatan snorkeling
3. Cukai Taman Laut Tioman
Jadual Perjalanan Aktiviti Sepanjang 3 Hari 2 Malam di Pulau Tioman
Hari Pertama
Bertolak dari jeti Tanjung Gemok atau jeti Mersing,
Masuk bilik dan rehat,
Aktiviti bebas sehingga menjelang malam
7.30malam: Malam malam di restoran resort.
Aktiviti bebas sehingga lewat malam
Hari Kedua
7.30pagi: Sarapan,
Bersiap sedia untuk menaiki feri dan ke lokasi snorkeling,
12.30tghari: Makan tengahari,
Pergi ke Duty Free Shop, di Tekek,
Pulang ke resort untuk berehat,
7.30malam: Makan BBQ malam, karaoke dan aktiviti bebas,
Hari Ketiga
7.30pagi: Sarapan
Bersedia di jeti untuk pulang.
Amat sesuai menjadi destinasi honeymoon bagi mereka yang baru berkahwin atau nak meraikan hari ulangtahun perkahwinan di sana sebab ada bilik yang mengadap ke arah pantai. Korang boleh pilih bilik yang ada sea view. Bagi anda yang ingin honeymoon atau ingin tenangkan fikiran disana memang amat sesuai. Anda boleh nampak air ombak dari bilik anda sahaja tanpa perlu keluar ke pantai. Antara pakej yang ada untuk dapat bilik yang mengadap laut ni adalah Sun Beach Resort dan Idaman Beach Holiday Resort.
Kalau berminat dengan pakej yang Encik Wan Pulau Tioman ni tawarkan boleh la membuat tempahan sekarang melalui website beliau di https://wanpulautioman.my/
Sebarang Pertanyaan atau ingin mengikuti update terkini tentang pakej dan sebagainya boleh follow
Twitter: https://twitter.com/wanpulautioman
Instagram: https://www.instagram.com/wanpulautioman/
Tumblr: https://wanpulautioman.tumblr.com/
Facebook Persendiri beliau: https://m.facebook.com/wanpulautioman/
Facebook Rasmi: https://m.facebook.com/pakejpulautiomanoriginal