Sunday, April 25, 2021

BACA INI!! UNTUK MEREKA YANG HENDAK BERCUTI KE PULAU TIOMAN

 BERCADANG NAK KE PULAU TIOMAN INI PAKEJ MURAH BOLEH ANDA AMBIL. Malaysia ni antara negara yang banyak cuti umum berbanding jepun katanya. Orang jepun memang kurang cuti sebab depa rajin bekerja. Kita orang Malaysia ni bukan malas tapi lebih menikmati hidup katanya sebab tu kerajaan bagi banyak & macam macam cuti umum. Di tambah lagi Malaysia kan berbagai kaum dan agama. Setiap agama tu ada hari perayaan sendiri jadi dapatlah semua kaum & agama merasa cuti juga bila ada cuti umum sempena perayaan. Selain cuti sekolah dan lain cuti umum.







Bila cuti ni.. Ramai ambil peluang untuk pergi bercuti la apa lagi. Yang bajet besar boleh la bercuti ke luar negara tapi yang bajet kecil tetap nak bawa family atau nak plan cuti dengan kawan kawan di dalam Malaysia pun boleh. Sebab Malaysia ni ada 14 buah negeri di mana setiap negeri tu ada tempat tempat menarik yang boleh di jadikan destinasi percutian. Tak low class sangat pun bercuti dalam Malaysia ni. Bercuti kat mana mana pun yang penting kita enjoy dengan percutian tu yang lebih bermakna, ye dak?

Salah satu destinasi percutian yang best juga kalau hangpa nak pergi adalah Pulau Tioman. Pulau Tioman ni terletak di negeri Pahang bagi yang masih tak tahu. Pulau Tioman ni adalah satu pulau kecik yang terletak sejauh 32KM dari pantai barat negeri Pahang. Berkeluasan 20KM panjang 12KM lebar. Tak la besar mana.

Sebahagian dari Pulau Tioman ni adalah hutan tebal tapi yang bestnya laut di penuh dengan khazanah laut, terumbu karang yang menjadi signature Pulau Tioman kepada penyelam & bagi mereka yang nak snorkeling. Selain airnya yang jernih & boleh nampak ikan & terumbu karang yang memang cantik. Memang ramai la pelancong asing suka datang ke Pulau Tioman ni kerana kecantikan lautnya.



Nak ke pulau ni boleh melalui 2 jeti iaitu jeti Mersing, Johor dan juga jeti Tanjung Gemok, Pahang dengan menaiki bot atau feri. Takpe kalau anda mabuk laut boleh guna flight ke Pulau Tioman melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. dan juga lapangan terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Boleh merujuk tip untuk ke Pulau Tioman disini : https://www.wanpulautioman.com/p/how-to-go-to-pulau-tioman-getting-there.html

Banyak aktiviti best boleh di buat di Pulau Tioman kalau anda merancang nak bercuti kesana contoh skuba, jungle trekking dan hiking. Jangan ingat bercuti di pulau ni hanya berjemur kat pantai dan buat aktiviti air sahaja ok! Banyak aktiviti yang melibatkan alam semulajadi boleh dilakukan di Pulau Tioman. Nak tahu lebih banyak aktiviti boleh buat di Pulau Tioman korang boleh baca kat sini : https://sunriseodyssey.com/top-7-fun-activities-tioman












Kalau nak ambil pakej murah boleh ambil dengan encik Wan Tioman. Siapa pulak encik Wan ni kan? tetiba nak kena ambil pakej dengan dia? Ntah ntah scammer.. Amboi!! tak baik tau menuduk. Meh la saya perkenalkan siapa jejaka yang bernama encik Wan ni..






Beliau adalah seorang 'Tour Guide' di Pulau Tioman juga pemilik website https://wanpulautioman.my/ . Selebihnya tentang beliau korang boleh baca kat blog tu yer. Saya nak cerita pasal pakej murah yang di sediakan oleh beliau sahaja.

Kalau ambil pakej percutian ke Pulau Tioman dengan Encik Wan ni, ada beberapa pakej yang menarik di sediakan untuk anda. Harga memang sangat berpatutan dan paling penting sepanjang percutian di sana anda akan di guide.

Tempat tempat menarik yang ditawarkan untuk dilawati dan beraktiviti adalah 

Kampung Genting
Idaman Beach Holiday Resort
Island Reef Resort
Sun Beach Resort
Damai Tioman Resort

3 Hari 2 Malam Package Kampung Genting Tioman

Pakej yang disediakan termasuk:
1. Tiket feri pergi dan balik
2. Penginapan 3 hari 2 malam
3. Makan sarapan pagi 2 kali
4. Makan tengahari 1 kali
5. Makan malam 1 kali
6. Makan BBQ malam 1 kali
7. Snorkeling trip juga termasuk didalam pakej tersebut

Pakej yang belum termasuk:
1. Cas tambahan jika datang pada tarikh cuti umum dan cuti sekolah
2. Alatan snorkeling 
3. Cukai Taman Laut Tioman

Jadual Perjalanan Aktiviti Sepanjang 3 Hari 2 Malam di Pulau Tioman

Hari Pertama
Bertolak dari jeti Tanjung Gemok atau jeti Mersing,
Masuk bilik dan rehat,
Aktiviti bebas sehingga menjelang malam
7.30malam: Malam malam di restoran resort.
Aktiviti bebas sehingga lewat malam

Hari Kedua
7.30pagi: Sarapan,
Bersiap sedia untuk menaiki feri dan ke lokasi snorkeling,
12.30tghari: Makan tengahari,
Pergi ke Duty Free Shop, di Tekek,
Pulang ke resort untuk berehat,
7.30malam: Makan BBQ malam, karaoke dan aktiviti bebas,

Hari Ketiga
7.30pagi: Sarapan
Bersedia di jeti untuk pulang.

Amat sesuai menjadi destinasi honeymoon bagi mereka yang baru berkahwin atau nak meraikan hari ulangtahun perkahwinan di sana sebab ada bilik yang mengadap ke arah pantai. Korang boleh pilih bilik yang ada sea view. Bagi anda yang ingin honeymoon atau ingin tenangkan fikiran disana memang amat sesuai. Anda boleh nampak air ombak dari bilik anda sahaja tanpa perlu keluar ke pantai. Antara pakej yang ada untuk dapat bilik yang mengadap laut ni adalah Sun Beach Resort dan Idaman Beach Holiday Resort.

Kalau berminat dengan pakej yang Encik Wan Pulau Tioman ni tawarkan boleh la membuat tempahan sekarang melalui website beliau di https://wanpulautioman.my/

Sebarang Pertanyaan atau ingin mengikuti update terkini tentang pakej dan sebagainya boleh follow

Twitter: https://twitter.com/wanpulautioman
Instagram: https://www.instagram.com/wanpulautioman/
Tumblr: https://wanpulautioman.tumblr.com/
Facebook Persendiri beliau: https://m.facebook.com/wanpulautioman/
Facebook Rasmi: https://m.facebook.com/pakejpulautiomanoriginal


Terima kasih kerana membaca!







BIODATA WAN PULAU TIOMAN | TOUR GUIDE


Adakah anda sedang mencari maklumat mengenai Wan Pulau Tioman ? Jika ya, anda berada di tempat yang betul, ini kerana saya ada menyediakan biodata Wan Pulau Tioman. Wan Pulau Tioman merupakan tour guide dan beliau tidak asing lagi dalam arena traveling. Beliau berpengalaman penuh tentang Pulau Tioman, diringkaskan selok belok pelusuk Pulau Tioman pasti beliau tahu. Saya adakah salah seorang customer beliau pada tahun 2019. dibawah adalah tentang encik Wan yang saya kenali.

Biodata Wan Pulau Tioman
Dilahirkan pada 28 November 1985, Wan Pulau Tioman memulakan kerjaya travelnya seawal umur 26 tahun sebagai pekerja am di Pulau Tioman. Selepas mempunyai keyakinan diri yang tinggi beliau mula membina blog mempromosi pakej yang tersedia di Pulau Tioman. Sehingga kini perniagaan beliau semakin meningkat dan maju. Anda boleh ikuti perkembangan  di instagram beliau https://www.instagram.com/pakejpulautiomanoriginal/ . Saya mendoakan semoga perniagaan encik Wan terus maju kehadapan.











Senarai Chalet Resort Di Kampung Genting Pulau Tioman, Panduan & Banyak Lagi

 KAMPUNG GENTING, SALAH SATU TEMPAT MENARIK DI PULAU TIOMAN YANG MENJADI DESTINASI PILIHAN RAMAI

Bila sebut sahaja Pulau Tioman, sudah pastilah ia sebuah destinasi pelancongan yang sangat terkenal sama ada pelancong dari dalam mahupun luar negara. Mana tidkanya, pulau tioman mempunyai pantai yang cantik yang menjadi pilihan para pelancong sama ada dari dalam dan luar negara. Selain itu, pulau tioman juga mempunyai pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh di kunjungi oleh para pelancong. Ia menjadikan pulau tioman sebagai satu tempat pelancongan yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong.

Pulau Tioman Mempunyai Kawasan Perkampungan Yang Sangat Menarik

Selain dari beberapa lokasi percutian yang menarik, Pulau Tioman juga mempunyai kawasan perkampungan yang sangat cantik dan sangat menarik untuk di kunjungi oleh pelancong terutama sekali buat pelancong yang menggemari suasana kampung dan juga pantai. Ia menambahkan lagi daya penarik di pulau tioman. Salah satu kampung yang menarik dan yang boleh anda melawat ialah Kampung Genting. Kampung Genting dilengkapi dengan beberapa kedai, restoran, kafe, chalet, klinik dan masjid. Ini membentuk teras kampung, yang terletak di sekitar jeti. Ia menjadikan kampung Genting ini sebagai sebuah kampung yang moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.

Kampung Genting Mempunyai Pelbagai Tempat Percutian Yang Menarik Dan Menyeronokkan.

Bagi yang belum pernah bercuti di pulau tioman, Kampung Genting mungkin satu nama yang asing buat anda. Tetapi bagi yang pernah bercuti di Pulau Tioman,

Kampung Genting merupakan satu nama yang sangat di kenali dan kampung yang pastinya memberikan satu pengalaman yang indah sewaktu anda bercuti di sana. Kampung Genting adalah salah sebuah perkampungan besar yang terletak di sepanjang pantai barat Pulau Tioman, ianya terletak di antara kampung Paya dan kampung Nipah.

Ia mempunyai pantai sepanjang 1.5 km yang berlatar belakangkan hutan hujan yang subur. Sudah pastilah ia menjadi salah satu tempat kegemaran bagi pelancong dalam dan luar negara

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Sekitar Kampung Genting

Bagi yang ingin bercuti ke Kampung Genting, ia bukanlah satu perkara yang merugikan. Ini kerana, di sini anda dapat melakukan bermacam aktiviti yang menarik sama ada bersama dengan keluarga, kawan-kawan mahupun jika anda pergi bercuti secara bersendirian.

Pendek kata, bagi anda yang pergi bercuti di sini, pasti tidak akan merasa bosan kerana masa anda akan di penuhi dengan pelbagai aktiviti sama ada di Kampung Genting atau di sekitarnya.

1- Berjalan-Jalan Sekitar Kawasan Pantai

Jika anda mahukan sesuatu yang mendamaikan sambil menghirup udara yang segar, anda boleh memilih untuk berjalan-jalan di pantai sekitar kampung genting. Di sini terdapat pantai yang cantik serta airnya yang jernih. Ia sudah pastilah akan membuatkan sesiapa sahaja melihatnya akan merasa terpukau.

2- Snorkeling

Apabila pergi ke Pulau Tioman tidak sah rasanya kalau tidak melakukan aktiviti snorkeling. Begitu juga apabila anda singgah ke kampung genting ini. Di sini, anda juga boleh melakukan aktiviti snorkeling dan melihat hidupan dasar laut yang cantik dan yang sangat indah. Di sini anda tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai pengalaman snorkeling, ada instrukter yang akan membantu anda.

3- Menjelajah Sekitar Kampung

Bagi anda yang mahu merasai suasana kampung, di sini anda juga berpeluang untuk merasainya. Ini kerana, di sini terdapat pejalan kaki yang membolehkan anda menjelajah sekitar kampung yang terdapat di sekitar Kampung Genting. Anda boleh melihat pemandangan yang cantik dan menenagkan jiwa.

4- Jungle Treking

Bagi anda yang minat dengan aktiviti lasak, di sini juga anda boleh melakukan aktiviti lasak. Di mana, di sini anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking bersama dengan kawan-kawan atau dengan rakan-rakan anda. Desa Genting mempunyai banyak bukit dan gunung dengan hutan tebal. Ini menjadikan gunung Kampung Genting sebagai tempat yang ideal untuk pejalan kaki dan backpacker. Hutan yang terdapat di Kampung Genting memiliki tempat pejalan kaki dan tempat mendaki yang membolehkan peminat aktiviti lasak dapat melepaskan gian mereka.

Tempat Makan Menarik Di Sekitar Kampung Genting

Selain dari tempat yang menarik, Kampung Genting juga terkenal dengan pelbagai tempat makan yang menarik dan makanan yang sedap. Bagi pecinta makanan, saya yakin anda pasti akan rambang mata melihat bermacam makanan yang sangat sedap. Antara tempat makan menarik yang boleh anda kunjungi ialah:

1-Makanan Melayu Di Kampung Genting Tioman:

Gerai Makan Jeti Kampung Genting - Gerai makan kecil dan sederhana yang menyajikan makanan Melayu dengan layanan istimewa!





Riverside Cafe N Food stall - Kedai sederhana lain di Genting Village yang menyajikan masakan tempatan yang enak!

Coral Beach Café - Tempat santai untuk bersantai lewat dan menjamu selera dengan hidangan tempatan.


Tempat Tinggal Di Sekitar Kampung Genting

Apabila pergi bercuti sudah pastilah tempat tinggal menjadi antara perkara yang penting. Sudah pastilah setiap dari kita akan mencari tempat penginapan untuk kita berteduh dan berehat. Di kampung Genting ini terdapat banyak tempat penginapan yang boleh anda pilih. Antara tempat penginapan tersebut ialah:

1- Sun Beach Resort (Disyorkan)

Sun Beach Resort menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dan bilik mandi peribadi. Apa yang lagi best mereka mempunyai ruang awam yang selesa (termasuk bar kecil), pantai yang bersih serta kemas dan akses WiFi di lobi hotel. Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan aktiviti memancing dengan mereka.

2- Island Reef Resort (Disyorkan)

Bagi anda yang mahu mencari tempat penginapan bajet, anda tidak perlu risau kerana di Kampung Genting juga turut menawarkan beberapa penginapan bajet khusus untuk mereka yang tidak mempunyai bajet yang tinggi. Salah satunya ialah Island Reef Resort. Island Reef Resort merupakan chalet yang sentiasa menjadi pilihan para pelancong untuk menginap terutama sekali pada cuti hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum dan ia adalah salah satu penginapan yang boleh anda pilih di sekitar Kampung Genting. Walaupun ia merupakan sebuah tempat penginapan bajet tetapi ianya terletak tidak jauh dengan pantai dan mempunyai chalet yang terletak di lereng bukit serta boleh memuatkan kapasiti sehingga 100 orang pada satu-satu masa. Bukan itu sahaja, mereka juga turut menawarkan banyak pakej yang menarik untuk anda pilih. Ia termasuklah perjalanan feri 2 hala ke Pulau Tioman, makan dan juga pakej aktiviti snorkeling bersama dengan penginapan

3- Idaman Beach Holiday Resort (Disyorkan)

Idaman Beach Holiday Resort merupakan satu lagi tempat penginapan bajet yang terletak di kawasan hujung pantai Kampung Genting dan di tengah-tengah tumbuh-tumbuhan. Resort ini terletak sangat berdekatan dengan pantai. Dari penginapan ke pantai kurang 20 langkah sahaja. Resort ini mempunyai lebih dari 20 bilik dan sangat sesuai untuk pasangan dan keluarga. Untuk makan pula anda tidak perlu risau kerana anda boleh menjamu selera di restoran di lokasi mereka.

4- Dumba Bay Resort

Bagi anda yang gemarkan homestay atau chalet yang reka bentuknya seperti rumah tradisional melayu, saya sarankan untuk anda memilih resort Dumba Bay Resort ini. Chaletnya ini, di perbuat berdasarkan rumah trasional melayu, membuatkan para pelancong menjadi tertarik dan memilih chalet ini sebagai salah satu tempat penginapan mereka.

Walaupun ia di buat berdasarkan corak rumah tradisional melayu, anda tidak perlu risau kerana fasiliti yang di tawarkan adalah moden dan setiap biliknya mempunyai penghawa dingin. Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan kemudahan restoran yang menyediakan masakan tempatan. Dalam erti kata lain, memang selesalah menginap di sini.

5- Bayu Tioman Resort

Selain dari Dumba Bay Resort, ada satu lagi resort yang berlatarkan rumah tradisional iaitu, Bayu Tioman Resort. Bayu Tioman Resort yang terletak di selatan kampung Genting. Ini kerana, Chaletnya mempunyai beranda peribadi yang mana anda boleh berehat sambil melihat pemandangan laut yang cantik. Dari segi kemudahan yang di tawarkan juga tidak kurang hebat di mana mereka menyediakan kemudahan karaoka, pusat menyelam.

6- Marina Bay Resort

Marina Bay Resort juga merupakan salah satu tempat penginapan yang boleh anda pilih. Terletak di atas bukit, dan setiap chaletnya pula mempunya balkoni membuatkan sesiapa sahaja yang menginap di sini akan merasa seronok dan tenang. Selain itu, jika anda mahu mereka juga boleh membantu anda dalam mengatur lawatan ke pulau-pulau di sekitarnya ataupun mengaturkan aktiviti snorkeling. Semuanya ini anda boleh minta bantuan mereka di kaunter lawatan yang disediakan oleh pihak resort.

7- Damai Tioman Resort

Damai Tioman Resort adalah salah satu penginapan yang boleh anda pilih di Kampung Genting. Walaupun ia merupakan sebuah tempat penginapan bajet tetapi ianya terletak berdekatan dengan pantai dan mempunyai chalet yang terletak di lereng bukit serta boleh memuatkan kapasiti sehingga 200 orang pada satu-satu masa. Bukan itu sahaja, mereka juga turut menawarkan banyak pakej yang menarik untuk anda pilih. Ia termasuklah perjalanan feri 2 hala ke Pulau Tioman, makan dan juga pakej aktiviti snorkeling bersama dengan penginapan dan kemudahan pusat menyelam.

Untuk dapatkan pakej-pakej menarik boleh lihat di link ini https://linktr.ee/wanpulautioman1

Dikarang oleh Wan Pulau Tioman
0192941683

Kredit: Wan Pulau Tioman